Friday, July 31, 2009

cuti yang tidak dirancang.....


hurm...cuti sem diawalkan pada semester ni..xpasal-pasal je..ini sume sbb terlpeas pandang la..saringan hanya pada pelajar baharu..tidak dilakukan pada pelajar senior dan semua staf upm sendiri..sekarang ni kene la cuti untuk mengelakkan wabak berkenaan semakin menular dikalangan pelajar kerana ada beberapa orang pelajar dan staf di suspek H1N1..maka dengan titah perintahnye pada 29/07/09selepas pukul 3 petang tidak dibenarkan sebarang aktiviti dijalankan di upm..fuhh...kemana-mana sahaja orang bertopeng..masing-masing sibuk call parents nk balik kg..ada y suh parants amek..ada y kelam kabut takot xde tiket nk balik kampung..hehehe..dengan secara serentak upm kosong dan sangat sunyi..mmg power penangan cuti H1N1 ni..cuti sem yang slalu pn xde la tetibe je upm kosong dan sunyi mcm ni..kepada semua warga upm.."selamat bercuti"..jgn kua jejalan..langkah keselamatan gunalah topeng ketika hendak keluar ke tempat-tempat awam..yang demam tu cepat-cepatlah sembuh sebelum 4/08/09 ni..kerana,kelas akan bermula pada esok harinya..hehe

Thursday, July 23, 2009

family..


love my family...thanx ayah and ibu..bg support..miss them..

perginya seorang hamba..

allah akan mengambil usia hambanya tanpa mengira umur dan darjat,tidak akan berlengah walaupun sesaat..innalillahhiwainna ilaihiraju'un aku mendapat berita perginya lg seorang da'ie pada malam td....moga allah mencucuri rahmat keatas roh da'ie ku di matri..adakah dunia sudah smpai kepenghujungnya..allah mengambil orang yang soleh( dikasihi) pulang kesisinya..insan y soleh dan musleh..insan yang walaupun tidak dekat denganku tapi aku cukup terasa pemergiannya,inilah impak besar yang aku rasai pabila kita mempunyai ikatan ukhuwah kerana allah..duduk dalam 1 matlamat yang sama..1 fikrah yang sama..walaupun tidak mengenali namun terasa dihati atas pemergian mereka..aku tidak dapat bayangkan..bagaimanakah sekiranya allah mengambil pergi insan2 yang aku sayang..ibu dengan ayah yang sekadar kenal begitu2 sahaja pn terasa sedih atas pemergian mereka..ibu kata "alhamdullah mereka pergi dalam keadaan beriman..akhlak mereka membawa akhlak yang dikehendaki islam..kita pula mcm mana??"..pilu rasa hati..sungguh,bukan ada petalian darah pn..jauh sekali penah menjadi sahabat akrab ataupun sedara mara..namun kami merasai pemergian ummi halimaton,akhi ammar zukufli,sir ghazali.ummi halimaton mungkin boleh la dikatakan aku pernah berbual dan bergurau dengannya..aku masih ingat lagi..tahun terakhir aku di matri 2003.nk dikatakan aku rapat dengan ummi halimaton tidak la rapat,sekadar ummi kenal diriku adalah pelajar matri..selepas tamat paper last spm aku bersama rakan2 berpakat u menziarahi matri dan sahibah2 disana..ummi tersermpak denganku..ummi masih mengenali diriku..ummi kata "lama xjumpa anti.."aku terasa bangga,ummi masih mengingatiku..seronok rasanya..tapi insan itu telah pergi dulu..semoga allah mencucuri rahmat atas roh mereka..syurgalah tempat mereka insyaallah..

Monday, July 20, 2009

angin terus menunggu salamku..

hambar..penuh keseriusan,kesedihan dan tidak tahu manakah pnghujungnya..semakin hari aku merasakn semakin jauh,jasad yang tidak bertemu,hatiku pula tidak tahu..hanya angin lalu mampu menyampaikan salam rinduku padamu..ku hanya mampu berdoa kita disatukan dengan seribu senyuman,tiada lagi tangisan dan kesakitan...itulah kemampuan aku yang hanya kerdil berjiwa hamba..sayu yang terus menemani tidurku..selamat malam hatiku...

Friday, July 17, 2009

derai air mata


tatkala kesedihan melanda hanya tuhan saja yang mengetahui kesedihan hati..
may allah bless you nurul Qalbi..

Thursday, July 16, 2009

kepadamu aku memohon..


ya allah..dengan namamu yang maha pengasih lagi maha penyanyang...
aku hambamu yang lemah memohon agar dikuatkan hatiku dan tabahkan aku dalam menghadapi segala ujian,sesungguhnya aku hamba yang lemah dan hanyasanya kepadamu aku memohon ya allah..aku memohon keberkatan kepadamu ya allah..hanya engkau sahaja mengetahui kelemahan hambamu ini..hati ini sangat lemah dan kerdil menghadapmu y allah..peliharalah hati ini..ubatilah hati ini dan kurniakan lah hati ini dengan kebahagiaan..

kekasih..

Kau hadir bukan ku pinta,

Kau muncul susunan Pencipta,

Hadirnya engkau satu anugerah,

Membuatkan aku tersedar sudah.


Tuhan benar Maha Perkasa,

Mencipta manusia pelbagai rasa,

Memberi ketika Dia berkehendak,

Mengirim teman seikhlas awak.


Teman setia bukan biasa,

Kawan dunia hingga akhirnya,

Hidup insan sementara cuma,

Iman dan taqwa bekal bersama.


Acap bertemu membuah kasih yang padu,

Andai berjauhan sering merindu,

Hadirnya engkau mencerminkan diriku,

Mewarnai sanubari mencintai yang Satu...

Monday, July 6, 2009

kuliah arab...




alhamdulillah..ari ni dh start kuliah..sekarang tgh kuliah arab..setelah 3 tahun meninggalkan bahasa quran ini dipelajari..terasa rindu..walaupun sedikit ilmu y kita pelajari jadikanlah bekalan hingga ke akhir hayat..moga setiap y nurul Qalbi pelajari diberkati..amin..

Sunday, July 5, 2009

back to campus...



bermulalah kembali kehidupan dikampus..
hari-hari kelas,chaiyyok2 nurul Qalbi....
semangat baru,azam baru,keyakinan baru..bilik pun baru..hehehe..=)

Saturday, July 4, 2009

pelangi itu indah


hidup tidak selalunya indah,
langit xselalu cerah,
itulah yang menggambarkan kehidupan manusia..
ada saatnya kita gembira.
tapi tidak sentiasa gembira..
hidup ini indah,ada gembira adalah dukanya
ada ketawa adalah menangisnya..
itulah kehidupan..

lihatlah pelangi..cantik pada pandangan kita..tapi adakah kita dapat menyentuh pelangi..??naik ke awan sekalipun belum tentu pelangi itu akan dapat kita sentuh dan belum tentu ia menjadi milik kita....nurul Qalbi mentafsirkan kehidupan bagaikan pelangi..ada bemacam warna yang mana warna-warna tersebut ada keunikkannya yang tersendiri..nurul Qalbi sangat rindukan ketenangan...ya Allah berikanlah aku kekuatan iman..kekuatan amal..tunjukkanlah aku jalan kebenaran....

~bersyukurlah pada orang yang sakitkan hati kita,kerana dialah yang menambahkan hati kita,bersyukurlah pada orang yang menipu kita,kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kita,bersyukurlah pada orang yang tidak mengendahkan kita,kerana dialah yang memupuk hati kita supaya berdikari,bersyukurlah pada orang yang menyeksa kita,kerana dialah yang menguji kesabaran kita,jadi,anggaplah dugaan satu penghargaan,bukannya penyeksaan..~

ayuh nurul Qalbi...allah always with you dear...love you...

langit dan bumi saling memerlukan


langit dan bumi saling memerlukan..dan ku harapkan setiap
perkara kita akan jadi saling memerlukan..
"allah tidak akan mengasihi seseorang itu sekiranya dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"

semangat dan harapan baru

masa berlalu begitu pantas..saban hari kita tidak sedar waktu terus meninggalkan kita..
ada tinggal sehari je lagi untuk aku bercuti..abiskan sisa cuti anda dengan lebih bermakna...
lepas ini kembalilah dengan kesibukan di kampus...sem baru,azam baru,semangat baru..
harapan pun baru..=)
for my lover jgn ada rasa bosan dan jemu ye untuk nurul Qalbi..hari-hari mendatang kita lebih
penuh dengan cabaraan dan dugaan..moga kita tabah dan saksama menghadapinya..
semoga apa yang kita hajatkan tercapai...chaiyyok2...sem depan masing-masing busy dengan
projek dan tesisnya..sama-sama kita berusaha..kejayaan kita bukan milik kita sahaja..ianya juga milik agama dan keluarga kita...miss you..

10 sifat peribadi orang mukmin..

1. Salimul Aqidah - aqidah yang sejahtera

2. Sahihul ibadah - ibadah yang benar

3. Matinul khuluq - akhlak yang mantap/kuat

4. Qadirun alal kasbi – mampu berdikari

5. Mustaqqaful fikri - berwawasan luas

6. Qawiyul jismi - badan dan sehat dan kuat

7. Mujahidul linafsihi – kesungguhan dalam bekerja

8. Munazhzhamun fi syu’unihi – tersusun urusannya

9. Harisyun ala waqtihi –bijak mengurus waktu

10.Nafi’un lighairihi – bermenafaat kepada orang lain


moga ianya menjadi peringatan kepada diriku...=)



salam mahabbah....~
moga blog ini menjadi 1 warkah untuk aku mencari damai yang telah hilang..
for my lovers..i need your support..






Friday, July 3, 2009




opening with the name of Allah

*thanks to munirah ab wahab(alang) b'coz teach me how to create this blog..moshe2..=)