Thursday, July 16, 2009

kekasih..

Kau hadir bukan ku pinta,

Kau muncul susunan Pencipta,

Hadirnya engkau satu anugerah,

Membuatkan aku tersedar sudah.


Tuhan benar Maha Perkasa,

Mencipta manusia pelbagai rasa,

Memberi ketika Dia berkehendak,

Mengirim teman seikhlas awak.


Teman setia bukan biasa,

Kawan dunia hingga akhirnya,

Hidup insan sementara cuma,

Iman dan taqwa bekal bersama.


Acap bertemu membuah kasih yang padu,

Andai berjauhan sering merindu,

Hadirnya engkau mencerminkan diriku,

Mewarnai sanubari mencintai yang Satu...

No comments:

Post a Comment